Mahkamah Dengar Permohonan Bersih 2.0 Mac Depan - Berita Mahkamah | mStar

Mahkamah Dengar Permohonan Bersih 2.0 Mac Depan

Diterbitkan: Rabu, 23 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini akan mendengar pada 29 Mac depan semakan kehakiman yang difailkan gerakan Bersih 2.0 bagi membatalkan perintah yang mengisytiharkannya sebagai persatuan tidak sah.

Hakim Datuk Rohana Yusuf menetapkan tarikh itu selepas menemui pihak-pihak terbabit di kamar pada Selasa.

Mahkamah dijadualkan mendengar pada hari ini permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh 14 anggota jawatankuasa pemandu gerakan itu, termasuk Datuk S.Ambiga, terhadap Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, dan kerajaan.

Peguam Kanan Persekutuan Munahyza Mustafa yang mewakili ketiga-tiga responden, memberitahu pemberita bahawa mahkamah menangguhkan pendengaran selepas meluluskan lanjutan masa yang dipohon jawatankuasa itu bagi menjawab affidavit responden.

Pada 28 September lalu, jawatankuasa itu diberi kebenaran dari Mahkamah Tinggi bagi semakan kehakiman itu. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan