Bekas Pengurus Besar Sime Darby Diarah Bela Diri

Diterbitkan: Rabu, 23 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Pengurus Besar Kanan Sime Darby Engineering Sdn Bhd di Pasir Gudang, Johor, diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini Rabu, terhadap lima tuduhan rasuah melibatkan lebih RM180,000.

Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap semua pertuduhan yang dihadapi Md Zaki Othman, 49, melalui keterangan 26 saksi serta bukti yang mencukupi menerusi dokumen yang dikemukakan.

Mahkamah kemudian menetapkan tiga hari bermula 11 Januari tahun depan untuk tertuduh membela diri.

Bagi pertuduhan pertama, Md Zaki didakwa menerima suapan berjumlah RM33,600 bagi bayaran set perabot daripada seorang kontraktor, Abdul Salam Ahmad, di rumahnya di Jalan Austin Perdana 2/11, Taman Austin Perdana di sini pada 10 pagi 14 Disember 2007 sebagai dorongan membantu Abdul Salam mendapatkan Surat Hasrat bertarikh 11 Januari 2008 bagi projek "EPCIC for MOQ Package 16, BE Process and BG Utility Platforms" bernilai RM23,901,959 kepada Duplex Energy Sdn Bhd.

Untuk pertuduhan kedua, dia didakwa menerima jam tangan berjenama Rolex bernilai RM21,700, juga daripada Abdul Salam di alamat yang sama pada 9 malam 10 Mac 2009, sebagai upah membantu melulus dan mempercepatkan tuntutan bayaran kemajuan berhubung kontrak "EPCIC for MOQ Package 16, BE Process and BG Utility Platforms" di Sime Darby Engineering Sdn Bhd, Pasir Gudang dan sub kontrak projek Kumang & Tangga Barat Cluster Development Project (Fasa 1) oleh Duplex Energy Sdn Bhd.

Bagi pertuduhan ketiga, Md Zaki didakwa meminta suapan berupa seutas jam tangan berjenama IWC berharga RM32,980 daripada Abdul Salam di Hour Glass Sdn Bhd, pusat beli belah Lot 10 di Jalan Sultan Ismail di sini antara 1.30 tengah hari dan 4.30 petang antara 13 Mac 2009 dan 15 Mac 2009.

Suapan itu sebagai dorongan membantu kontraktor berkenaan mendapatkan Surat Hasrat bagi projek kontrak kecil Kumang & Tangga Barat Cluster Development Project (Fasa 1) oleh syarikat milik kontraktor itu yang mengendalikan kejuruteraan minyak dan gas.

Bagi pertuduhan keempat, Md Zaki didakwa bersetuju terima suapan berupa jam tangan berjenama Hublot berharga RM60,000 daripada Abdul Salam pada 10 pagi antara 13 Mei 2009 dan 15 Mei 2009, sebagai upah membantu melulus dan mempercepatkan tuntutan bayaran kemajuan berhubung kontrak 'EPCIC for MOQ Package 16, BE Process and BG Utility Platforms' di Sime Darby Engineering Sdn Bhd, Pasir Gudang dan projek kontrak kecil, Kumang & Tangga Barat Cluster Development Project (Fasa 1) oleh syarikat kontraktor itu.

Bagi pertuduhan terakhir, Md Zaki didakwa meminta suapan RM33,600 daripada Abdul Salam bagi bayaran set perabot di Europe Asia Furniture Expo Sdn Bhd, Jalan Universiti, Petaling Jaya dekat sini pada 28 November 2007.

Pendakwaan dikendalikan oleh Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia manakala tertuduh diwakili peguam T. Vijayasandran. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan