Mahkamah Tinggi Kekal Hukuman Terhadap Majistret - Berita Mahkamah | mStar

Mahkamah Tinggi Kekal Hukuman Terhadap Majistret

Diterbitkan: Selasa, 22 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Mahkamah Tinggi di sini Selasa, mengekalkan hukuman yang diputuskan Mahkamah Sesyen terhadap seorang majistret atas pertuduhan menerima rasuah yang dilakukan dua tahun lalu.

Hakim Datuk Azman Abdullah ketika membacakan penghakimannya berkata keputusan Hakim Sabariah Othman terhadap Mohd Firdaus Ramlan, 29, pada 3 Oktober tahun lalu adalah tepat.

"Saya telah meneliti segala hujah dan mendapati keputusan Mahkamah Sesyen itu tepat dan tidak terkhilaf daripada segi hukuman. Saya sifatkan ini seperti harapkan pagar, pagar makan padi dan keputusan hakim Mahkamah Sesyen adalah sah," katanya.

Pada 3 Oktober 2010, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM15,000 bagi pertuduhan pertama manakala bagi pertuduhan kedua, tertuduh dikenakan penjara tiga tahun dan denda RM25,000.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd Firdaus, majistret di Mahkamah Kuala Krai dan Machang, dituduh menerima suapan RM3,000 daripada Md Shani Ishak di Stesen Minyak Esso, Machang, pada 10.30 malam 11 Oktober 2009 sebagai dorongan untuk meringankan hukuman mendapatkan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan cagaran RM1,000.

Dia didakwa mengikut Seksyen 17(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan.

Dalam pertuduhan kedua, Mohd Firdaus dituduh meminta suapan sebanyak RM5,000 daripada Md Shani atas tujuan sama di bilik Majistret Mahkamah Kuala Krai pada 9 pagi, 6 Oktober 2009.

Bagi pertuduhan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta yang sama.

Pada prosiding hari ini, Azman bagaimanapun membenarkan permohonan peguam bela Mohd Firdaus, Datuk Shukri Mohamed untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman selepas anak guamnya itu selesai membuat rayuan di Mahkamah Rayuan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Mohd Sophian Zakaria. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Isnin, 11 Jun 2018 8:00 AM

Ramadan anak Chow Kit

Kolumnis

iklan

Iklan