Empat Individu Fail Saman Tuntut Perjanjian SPICE Diisytihar Tidak Sah

Diterbitkan: Isnin, 21 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Dr Teng Hock Nan (tiga kiri) berbincang dengan peguam M.Thayalan (kanan) semasa hadir untuk mengiringi empat individu memfailkan saman mencabar kesahihan perjanjian projek SPICE di Mahkamah Tinggi. Foto BERNAMA
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Dr Teng Hock Nan (tiga kiri) berbincang dengan peguam M.Thayalan (kanan) semasa hadir untuk mengiringi empat individu memfailkan saman mencabar kesahihan perjanjian projek SPICE di Mahkamah Tinggi. Foto BERNAMA

GEORGE TOWN: Empat individu memfailkan saman di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bagi menuntut agar perjanjian projek Subterranean Penang International Convention and Exhibition Centre (SPICE) diisytiharkan batal dan tidak sah.

Saman itu difailkan terhadap 14 defendan terdiri Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, 11 anggota exco kerajaan negeri, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Eco Meridian Sdn Bhd, melalui peguam M. Thayalan pada 10.30 pagi Isnin.

Plaintif iaitu Khoo Yen Her, Rama Krishnan a/l Rajagopal, Abdul Manan Abdul Manap dan Sathiasilan a/l Krishnan berkata mereka memfailkan saman itu bagi pihak diri mereka sendiri sebagai pembayar cukai dan mewakili semua pembayar cukai pintu dan tanah di kawasan MPPP.

Dalam pernyataan tuntutan, mereka mahukan deklarasi bahawa arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa negeri Pulau Pinang kepada MPPP secara khusus untuk menandatangani perjanjian itu bercanggah dengan Seksyen 9(1) Akta Kerajaan Tempatan, 1976 dan dengan itu perjanjian berkenaan adalah batal dan tidak sah.

Mereka juga menuntut satu deklarasi bahawa peruntukan-peruntukan dalam perjanjian itu, di mana Eco Meridian Sdn Bhd berhak kepada tambahan ketumpatan sebanyak 1,500 unit perumahan untuk apa-apa pembangunan yang dijalankan di Pulau Pinang oleh syarikat yang ada hubungan dengan S P Setia Berhad adalah bercanggah dengan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 khususnya Seksyen 21 dan 22 atau bercanggah dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan, dan dengan itu peruntukan itu adalah batal dan tidak sah.

Plaintif juga menuntut deklarasi bahawa mereka berhak untuk mendapatkan salinan perjanjian bertarikh 19 Ogos 2011 itu antara MPPP dan Eco Meridian Sdn Bhd yang membolehkan syarikat itu membangunkan projek SPICE.

Mereka turut menuntut kos tindakan dibayar oleh defendan. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan