Saman Fitnah: KJ Tak Terbabit

Diterbitkan: Jumaat, 18 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat diberitahu bahawa keputusan Lembaga Pengarah ECM Libra Berhad untuk menaikkan nilai syarikat itu kepada RM330 juta tidak kena mengena dengan Anggota Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Pengerusi ECM Libra, Datuk Seri Kalimullah Masheerul Hassan berkata, Khairy tidak terbabit dengan ECM Libra pada peringkat itu dan "ia bukan kerana Khairy merupakan menantu bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi".

Kalimullah, berkata Khairy menyertai ECM Libra sebagai pengarah pada 2004.

"Beliau adalah staf junior apabila bertugas dengan kami," kata bekas Timbalan Pengerusi New Straits Times Press (NSTP) ketika disoal balas oleh peguam Datuk R. Kamalanathan pada perbicaraan kes saman fitnah RM50 juta terhadap Matthias Chang Wen Chieh.

Beliau juga menafikan selepas ECM Libra dijual kepada South Peninsular Industries (SPI), persediaan dilakukan untuk membawa masuk Khairy ke dalam syarikat sebagai pemegang saham atas dasar hubungannya dengan Abdullah, yang ketika itu menjadi Menteri Kewangan.

"Orang ada hubungan dengan ahli perniagaan dan ahli politik...lebih banyak hubungan, lebih mudah untuk melakukan urusan perniagaan. Adalah baik untuk mempunyai seseorang yang mempunyai kontak yang baik," katanya.

Pada 29 Jun 2006, Kalimullah memfailkan saman fitnah terhadap Chang berhubung kenyataan bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad itu pada sidang akhbar bertarikh 13 Jun 2006 dan disiarkan di akhbar The Straits Times di Singapura keesokan harinya.

Kalimullah dalam saman itu menyatakan kenyataan yang dikeluarkan oleh Chang secara langsung menyatakan bahawa beliau adalah korup dan telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai Timbalan Pengerusi NSTP.

Chang juga memfaikan tuntutan balas terhadap Kalimullah pada 14 Julai 2006, antara lain, menuntut ganti rugi RM150 juta.

Ketika ditanya Kamalanathan sama ada hubungan itu adalah amalan rasuah, Kalimullah menjawab: Jadi, adakah ia bermaksud setiap pelaburan perbankan rasuh ? Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Asmabi Mohamad disambung 10 Januari ini. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan