Warga Peru Didakwa Rompak Wang Tunai RM334,000

Diterbitkan: Khamis, 17 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua pelancong warga Peru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas pertuduhan merompak secara berkumpulan bersenjatakan sepucuk pistol membabitkan wang tunai RM334,000 milik seorang wanita pada September lalu. Gustaro Enrique Jara Mendoza, 45 dan Torres Alvites, 50, didakwa merompak Tay Siew Lan di Jalan 1/100A Taman Gemilang, Cheras pada 4 petang, 20 September lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Aizam Aiza Zamran tidak menawarkan sebarang jaminan atas alasan tertuduh, yang diwakili peguam Abu Bakar Isa Rahmat, adalah warga asing.

Hakim Azwarnida Affandi kemudian menetapkan 2 Disember untuk sebutan semula kes.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen lain, seorang lagi lelaki warga Peru mengaku tidak bersalah menyamun seorang warga Singapura pada Oktober lepas.

Miranda Romero, 32, didakwa bersama tiga lagi yang masih bebas, menyamun kad permit Singapura, wang tunai $650, komputer riba, dokumen syarikat, buku cek Maybank dan CIMB serta dua telefon bimbit milik G. Gopalakrishnan. Dia didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun, dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Hakim Muhammad Sekeri Mamat tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 16 Dis untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Lokman Kassim manakala tertuduh diwakili Abu Bakar Isa.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan