Mahkamah Tetap 30 Nov Putuskan Isu Fitnah Ke Atas MB Perak

Diterbitkan: Khamis, 17 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis menetapkan 30 November depan untuk membuat keputusan sama ada beberapa perkataan dalam Suara Keadilan, akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengenai Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mempunyai unsur fitnah atau tidak.

Hakim Datuk Hue Siew Kheng membuat keputusan itu dalam kamar selepas mendengar hujahan peguam Firoz Hussein Jamaluddin yang mewakili Zambry selaku plaintif dan peguam Jamie Wong yang mewakili PKR, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan tiga pihak lain.

Ketika ditemui pemberita Firoz Hussein berkata beliau berhujah bahawa perkataan-perkataan fitnah yang dikatakan defendan dalam artikel tersebut menunjukkan secara jelas menfitnah plaintif, sekaligus menjejaskan reputasi plaintif di mata umum.

Sementara itu Wong menegaskan bahawa perkataan-perkataan dalam artikel tersebut bukan berunsur fitnah.

Pada 25 Februari tahun lepas, Zambry yang memfailkan saman fitnah RM100 juta menamakan Dr Wan Azizah selaku pemegang jawatan dalam PKR, Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali yang juga ketua editor Suara Keadilan, penerbit akhbar berkenaan, Pelita Koridor Sdn Bhd dan pencetak Suara Keadilan, Percetakan NPK Sdn Bhd sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Zambry berkata artikel yang disiarkan dalam akhbar Suara Keadilan edisi 29 Disember 2009- 5 Januari 2010, bertajuk "Zambry Disyaki Pengganas - Gagal masuk ke Amerika Syarikat" mengandungi perkataan berunsur fitnah yang palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan berniat jahat.

Zamry menegaskan bahawa beliau tidak dihalang dari memasuki Amerika Syarikat, malah dibenarkan masuk ke negara itu serta diberikan pengiktirafan yang sesuai dengan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Perak.

Malah Zambry berkata, lawatannya ke Amerika Syarikat mendapat liputan meluas media dan defendan telah menyiarkan kata-kata berunsur fitnah itu dengan sengaja.

Menteri Besar Perak itu berkata perkataan berunsur fitnah itu telah melukakan perasaannya dengan begitu mendalam, mencemarkan dengan teruk reputasi awam, peribadi dan politiknya serta membawa kepada skandal awam, kebencian dan penghinaan.

Beliau menuntut ganti rugi RM100 juta, termasuk ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan, faedah lapan peratus setahun dan juga injunksi bagi menghalang defendan daripada menyiarkan perkataan berunsur fitnah itu atau sebarang perkataan berunsur fitnah yang serupa terhadapnya.

Defendan, dalam pernyataan pembelaan mereka, menyatakan bahawa permohonan maaf bertajuk "Mohon Maaf Dr Zambry" dan penarikan balik artikel telah disiarkan dalam akhbar parti dalam keluaran 30 Mac - 6 April 2010. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan