Pembantu Restoran Indonesia Dipenjara 12 Bulan Kerana Kurung Wanita Senegara

Diterbitkan: Rabu, 16 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pembantu restoran dihukum penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas dia mengaku salah mengurung seorang wanita senegaranya selama lapan jam pada Khamis lepas.

Majistret Erry Shahriman Nor Aripin memerintahkan Pinanti Samuri, 38, menjalani hukuman itu dari tarikh tangkap 10 November lepas.

Pinanti mengaku salah mengurung Sumon bagi mendapatkan semula RM4,000 yang dipinjam oleh wanita itu daripadanya.

Kesalahan itu dilakukan di premis nombor 15-3, Batu 4 1/2, Jalan Klang Lama, Brickfields, dari 9.30 pagi hingga 5.30 petang pada 10 November lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 347 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Abu Hassan Ramli. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan