Rakan Kongsi Tidak Tahu Pempena Peroleh Keuntungan Atau Tidak

Diterbitkan: Selasa, 15 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan Datuk Low Chin Meng memberitahu Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa bahawa beliau tidak tahu Pembangunan Pelancongan Malaysia Berhad (Pempena) memperoleh keuntungan ataupun tidak bagi projek restoran Malaysia di luar negara.

Low, 49, yang juga Pengarah Urusan LCL Corporation, berkata ini kerana projek restoran itu bukan perniagaan utamanya sebaliknya lebih menjurus kepada hiasan dalaman.

"Jadi saya tidak tahu sama ada Pempena memperoleh keuntungan ataupun tidak," katanya ketika disoal peguam Saseedharan Menon pada perbicaraan kes pecah amanah membabitkan Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Mirza Mohammad Taiyab dan bekas Ketua Pegawai Operasi PEMPENA Mohammad Rosly Md Selamat.

Low, yang juga rakan kongsi Pempena bagi projek restoran Awana Chelsea di London, Awana Beijing di China dan Awana Hyderabad di India, turut tidak bersetuju dengan cadangan Saseedharan bahawa kesemua restoran itu telah ditutup ekoran tiada keuntungan yang diperoleh Pempena.

Menjawab soalan lain, Low berkata beliau tidak tahu dan tidak bersetuju bahawa Pempena telah memberikan RM10 juta kepadanya bagi tujuan pelaksanaan kesemua projek restoran Malaysia di luar negara.

Saksi ke-10 pendakwaan itu turut memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak membayar balik wang berjumlah RM888,000 kepada Pempena kerana syarikat itu berhutang dengannya dalam projek restoran yang lain.

Menurutnya RM888,000 yang dibayar oleh Pempena bagi pelaksanaan projek restoran Awana di Dubai diserap bagi pembayaran operasi dan pengubahsuaian bagi projek restoran lain selepas mendapati lokasi yang dipilih di Dhow Palace Hotel di Dubai tidak sesuai bagi perniagaan restoran.

"Ada perbincangan mengenai RM888,000 yang akan diserap untuk projek lain ketika mesyuarat bersama pihak Pempena tetapi saya tidak pasti siapa individu yang terlibat," katanya.

Ketika disoal Saseedharan adakah Ketua Pengawal Kewangan Pempena Lim Khing Tai terlibat, Low berkata: "Sekiranya Lim berada dalam mesyuarat itu, mungkin dia adalah seorang daripadanya."

Low berkata perjumpaannya dengan pihak Pempena dinyatakan dalam minit mesyuarat, tetapi kesemua dokumen miliknya termasuk minit mesyuarat itu diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bagi tujuan penyiasatan.

Mirza, 54, dan Mohammad Rosly, 57, mengaku tidak bersalah pada 16 Ogos tahun lepas, terhadap pertuduhan pecah amanah meluluskan pembayaran wang berjumlah RM888,000 ke akaun LCL Interior Dubai pada 27 Februari 2007, bagi projek pembinaan Restoran Malaysia Dubai tanpa mematuhi syarat yang ditetapkan.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Pempena di Tingkat 3, Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra pada 27 Februari 2007.

Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun, dan denda, dan juga boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan. 0 Perbicaraan di hadapan Hakim Che Mohamad Zulkifly Jusoh bersambung 18 Januari depan. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan