Pembantu Penguat Kuasa JPJ Didakwa Dua Tuduhan Rasuah RM2,000

Diterbitkan: Selasa, 15 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pembantu penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, Selasa terhadap pertuduhan meminta dan cuba memperoleh rasuah melibatkan RM2,000.

Bagi pertuduhan pertama, Norazha Izwan Mohd Aripin, 26, didakwa meminta suapan RM1,000 daripada Ooi Aik Keng, sebagai dorangan untuk tidak mengambil tindakan ke atas Ooi yang mempunyai cukai jalan tamat tempoh dan membuat pengubahsuaian kenderaan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu berhampiran BHP Petrol Jalan Kuching, pada pukul 5 petang, 4 Januari lalu.

Sementara itu, bagi pertuduhan kedua tertuduh yang diwakili peguam Mohd Shahrullah Khan didakwa secara rasuah cuba memperoleh suapan RM1,000 daripada Ooi bagi tujuan yang sama di hadapan EON Bank Danau Kota, Setapak di sini pada 8 malam, 4 Januari lalu.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, dan Seksyen 17(a) akta sama yang boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda suapan mengikut mana lebih tinggi.

Pegawai Pendakwa SPRM, Tarmizi Abdul Rashid menawarkan jaminan RM8,000.

Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin.

Ahmad Zamzani menetapkan 15 Disember untuk sebutan semula kes itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan