Mahkamah Tolak Permohonan Hishammuddin Untuk Padam Kenyataan Pembelaan Anwar

Diterbitkan: Selasa, 15 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk memadamkan bahagian tertentu dalam kenyataan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam saman berhubung video seks yang memaparkan individu mirip ketua pembangkang itu.

Hakim Datuk V. T. Singham memutuskan kenyataan pembelaan Anwar berkaitan perlindungan bersyarat, ulasan adil dan justifikasi patut diputuskan pada akhir perbicaraan.

Beliau berkata mahkamah patut menggunakan budi bicaranya apabila menimbangkan permohonan untuk memadamkan kenyataan pembelaan dan beliau perlu mendengar keterangan saksi-saksi menerusi perbicaraan, untuk mencapai keputusan yang adil.

Katanya defendan (Anwar) berhak memfailkan kenyataan pembelaan untuk mematahkan kes itu.

Bagaimanapun, hakim memadamkan tiga perenggan kenyataan pembelaan Anwar kerana ia tiada kaitan secara langsung atau tidak langsung dengan plaintif (Hishammuddin).

Hakim juga memerintahkan Hishammuddin membayar RM25,000 sebagai kos kepada Anwar. Beliau menetapkan tiga hari bermula 5 Dis untuk mendengar saman itu.

Peguam Sunil Abraham yang mewakili Hishammuddin memaklumkan mahkamah, plaintif akan memanggil kira-kira 15 saksi manakala peguam yang mewakili Anwar, Sulaiman Abdullah berkata pihaknya juga akan memanggil jumlah saksi yang sama.

Pada 26 April, Hishammuddin memfailkan saman fitnah terhadap Anwar berhubung temuramah ketua pembangkang itu dengan wakil media pada 22 Mac di ibu pejabat polis Dang Wangi selepas membuat laporan menafikan dirinya adalah lelaki dalam video itu.

Menteri itu berkata kata-kata berkenaan difahamkan membawa maksud yang beliau bertanggungjawab menayangkan video itu kepada sekumpulan editor dan wartawan di hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac.

Katanya kata-kata berkenaan juga difahamkan bermaksud yang beliau telah mengaturkan penayangan video itu dan berkomplot dengan perdana menteri dan pegawai tinggi polis berhubung penayangan video itu.

Dalam kenyataan pembelaannya, Anwar berkata kata-kata beliau telah diterbitkan atas kapasiti perlindungan bersyarat dan kedudukannya sebagai ketua pembangkang.

Anwar juga memfailkan kenyataan balas menyatakan kata-kata Hishammuddin dalam sidang akhbarnya pada 21 Mac, seolah-olah mengesahkan kenyataan oleh tiga individu yang mendedahkan video itu bahawa pelaku dalam video itu adalah dirinya(Anwar). - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan