LPK Rayu Kementerian Kewangan Timbang Semula Terma, Tiada Dana Bayar Pinjaman

Diterbitkan: Selasa, 15 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini diberitahu pada Selasa bahawa Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) terpaksa membuat rayuan kepada Kementerian Kewangan berhubung pembayaran balik pinjaman mudah sebanyak RM4.6 bilion kerana LPK tidak mempunyai dana mencukupi untuk menjelaskan hutang.

Pengurus Kewangan LPK Adnan Abidin, 39, berkata rayuan itu terpaksa dibuat kerana LPK hanya mampu menjelaskan bayaran pinjaman bagi tempoh 2011 dan 2012.

"Berdasarkan tunai di tangan LPK, kami hanya mampu membayar balik wang pinjaman itu hanya untuk dua tahun sahaja iaitu RM82.4 juta untuk tahun ini dan RM199 juta untuk tahun depan, maka untuk pembayaran 2013 sebanyak RM159 juta, pihak kami berdepan masalah.

"Maka kami perlu memohon rayuan kepada Kementerian Kewangan untuk menimbang semula terma-terma dan syarat-syarat yang lebih diizinkan yang lebih berpihak kepada aliran tunai yang mampu LPK tampung," katanya ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup.

Adnan berkata pinjaman mudah yang diberikan kerajaan pada 2007 itu perlu dijelaskan semula mulai tahun ini dengan tempoh bayaran balik selama 17 tahun.

Saksi ke-22 pendakwaan itu, yang memberi keterangan dalam perbicaraan kes bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik, berkata bagaimanapun, keputusan rayuan tersebut belum diputuskan.

Dr Ling, 68, didakwa menipu kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada jemaah menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894, yang berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000, sedangkan beliau tahu Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), dalam menentukan kadar RM25 skp, telah mengambil kira kadar kupon/faedah.

Beliau juga berdepan dua pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada jemaah menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000.

Dr Ling didakwa melakukan semua kesalahan itu di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, antara 25 September dan 6 November, 2002. Sementara itu bekas Pengerusi LPK Datuk Lee Hwa Beng, 57, memberitahu mahkamah bahawa beliau telah membuat laporan polis pada 11 Ogos 2009 berhubung projek PKFZ namun, beliau mengakui laporan itu bukan dibuat terhadap Dr Ling.

Saksi ke-23 pendakwaan itu berkata laporan yang sama juga dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), namun laporan itu tidak melibatkan Dr Ling.

Ketika disoal peguam Wong Khian Kong yang mewakili Dr Ling sama ada terdapat saranan daripada firma guaman untuk mengambil tindakan sivil terhadap Dr Ling, Lee berkata: "Tidak ada". Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Ahmadi Asnawi disambung esok dan pihak pendakwaan dijangka memanggil saksi terakhir, pegawai penyiasat Superintenden R.Rajagopal. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan