KJ, Nor Yaacob, Azman Hashim & Lim Kok Wing Mohon Ketepikan Sepina Ke Atas Mereka

Diterbitkan: Selasa, 15 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan tiga lagi personaliti telah mengemukakan permohonan untuk mengenepikan sepina yang memerlukan mereka untuk memberi kenyataan dalam kes saman berjumlah RM50 juta di antara bekas Ketua Pengarang dan Timbalan Pengerusi New Straits Times Press Bhd (NSTP) Datuk Seri Kalimullah Masheerul Hassan ke atas peguam Matthias Chang Wen Chieh.

Tiga lagi personaliti yang mengemukakan permohonan yang sama ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yaacob, Pengerusi Kumpulan Ambank, Tan Sri Azman Hashim dan CEO The Limkokwing University of Creative Technology, Tan Sri Lim Kok Wing.

Keempat-empat mereka telah disepina oleh Chang.

Pada Selasa, peguam Chang, Vinod R. Kamalanathan berkata, anak guamnya telah memohon untuk sepina keempat-empat personaliti berkenaan bagi membuktikan dirinya di mahkamah bahawa beliau adalah seorang adil ketika memberi komentar dan justifikasi ke atas komentarnya itu.

Peguam Datuk Rajan Navaratnam, yang bertindak bagi Lim Kok Wing pula berkata, anak guamnya akan memohon untuk mengenepikan sepina tersebut berdasarkan asas bahawa beliau tidak terlibat dalam pertikaian di antara plantif dan pihak defendan.

Hakim Mahkamah Tinggi, Asmabi Mohamad telah mengarahkan semua pihak yang terbabit supaya mengemukakan permohonan bertulis sebelum perbicaraan bermula.

Beliau menetapkan 2 Disember depan sebagai tarikh mendengar permohonan daripada keempat-empat personaliti berkenaan.

Peguam Rashid Ismail yang bertindak bagi pihak Khairy sementara S. Ramesh bagi pihak Azman.

Dalam permohonan samannya, Kalimullah, 53, yang kini merupakan pengerusi ECM Libra Bhd, menuntut gantirugi sehingga RM50 juta ke atas Chang kerana didakwa membuat kenyataan yang tidak berasas ke atasnya.

Kalimullah, 53, mendakwa Chang telah membuat kenyataan itu pada 13 Jun 2006, pada satu sidang akhbar yang kemudiannya telah diterbitkan oleh akhbar Straits Times Singapura.

Chang adalah bekas setiausaha politik kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan