Pembunuhan Banting : Peguam Sindir Doktor 'Tidak Ingat'

Diterbitkan: Jumaat, 11 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang Pegawai Perubatan di Jabatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Jumaat, disindir oleh peguam semasa sedang memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini berhubung kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

Peguam Manjeet Singh Dhillon menyindir Doktor Ahmad Hafizam Hasmi ekoran jawapannya yang kerap menyatakan 'tidak ingat' apabila disoal mengenai apa yang berlaku di Ladang Gadong, Banting, dekat sini semasa beliau berada di lokasi terbabit pada 14 September 2010. Manjeet : Berapa usia kamu?

Ahmad Hafizam : Saya berusia 32 tahun.

Manjeet : Masih muda tetapi memori kamu sangat lemah.

Manjeet : Adakah hujan pada masa kamu di Ladang Gadong?

Ahmad Hafizam : Ya.

Manjeet : Itu kamu boleh ingat.

Saksi pendakwaan ke-70 yang telah berkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia sejak Mei 2003 sebelum itu memberitahu, beliau telah menerima arahan untuk mengambil sampel darah ibu Sosilawati, Yathmi Abdul Rahman di Batu Pahat, Johor pada 15 September 2010.

Selain itu, Abdul Hafizam juga telah ke Seremban, Negeri Sembilan pada hari yang sama untuk mengambil sampel darah Abdul Karim Isa dan Bibi Habibon yang merupakan ibu bapa kepada peguam, Ahmad Kamil yang didakwa turut dibunuh.

"Saya mengambil darah untuk tujuan ujian perbandingan asid deoksiribonukleik (DNA). Saya akan terangkan tujuan kedatangan dan selepas mendapat kebenaran, saya akan mengarahkan jururawat terlatih untuk mengambil sampel darah.

"Darah itu akan dititiskan pada empat ruangan di kad yang kemudiannya ditulis nama dan dimaterai untuk tujuan keselamatan sebelum dimasukkan ke dalam plastik," katanya semasa disoal Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani.

Kebolehan saksi mengingati langkah-langkah pengambilan sampel darah itu juga 'disentuh' oleh Manjeet yang menyoal bagaimana saksi dapat mengingati perkara itu, tetapi tidak mengenai apa yang berlaku di ladang.

Ahmad Hafizam menjawab, perkara itu masih diingatinya kerana beliau terlibat secara langsung manakala kehadirannya di ladang yang didakwa menjadi lokasi pembunuhan itu sekadar untuk membantu pasukan polismencari bukti.

Manjeet : Kamu tidak akan lupa lagi untuk mencatitkan perkara yang berlaku di dalam buku nota pada masa akan datang.

Ahmad Hafizam : (sekadar mendiamkan diri)

Manjeet : Tidak mengapa, kita akan berjumpa lagi.

Hakim Datuk Akhtar Tahir apabila mendengar 'komen' tersebut, secara spontan berkata, beliau percaya saksi tersebut tidak berharap terdapat pertemuan seterusnya.

Manjeet juga dalam nada berseloroh menambah, mungkin pertemuan itu akan berlaku di rumah mayat.

Manjeet adalah peguam yang mewakili bekas peguam, N. Pathmanabhan, 42, yang sedang dibicarakan bersama tiga pekerja ladang, T. Thilaiyalagan, 20, R. Matan, 21, dan R. Kathavarayan, 31, atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47, dan pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Mereka juga didakwa membunuh pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan Ahmad Kamil, 32, yang didakwa hilang bersama pengasas kosmetik jenama Nouvelle Visages tersebut.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah ladang lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, dekat sini pada pukul antara pukul 8.30 dan 9.45 malam, 30 Ogos 2010.

Pendakwaan dikendalikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan akan bersambung pada Selasa.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan