Pegawai Penjara Didenda RM5,000 Kerana Lepaskan Tembakan

Diterbitkan: Jumaat, 11 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Seorang pegawai penjara pada Jumaat didenda RM5,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini selepas didapati bersalah secara tidak sengaja melepaskan tembakan sehingga mencederakan seorang lelaki ketika sedang berburu pada tahun lepas.

Majistret Chiang Kian Hong menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Fathul Amri Mohd Saleh selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Mohd Fathul Amri, 31, didakwa melepaskan tembakan tanpa alasan yang sah hingga menyebabkan cedera kepada Abdul Rahim @ Zainon Yusoff di kawasan Hutan Simpan Kekal, Bukit Juru, Bukit Tengah di antara pukul 8 malam hingga 9.30 malam, 16 April, 2010.

Tertuduh menjelaskan bayaran denda itu.

Terdahulu, peguam yang mewakili tertuduh, Syed Mohd Anis Azraie Syed Shaari memberitahu mahkamah yang pihaknya akan memfailkan rayuan bagi memohon mengurangkan jumlah denda itu.

Timbalan Pendakwa Raya Nurdeenie Abdul Rashid pula memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang boleh memberi pengajaran kepada masyarakat memandangkan tertuduh adalah penjawat awam.

"Selain itu, mangsa juga telah tercedera dan kini masih perlu mendapatkan rawatan di hospital,” katanya.

Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Nurdeenie berkata mangsa yang terkena tembakan itu adalah bapa saudara tertuduh dan kejadian itu berlaku ketika mereka sedang berburu di hutan itu. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan