Timbalan Pegawai Perikanan P.Pinang Didakwa Salah Guna Kuasa

Diterbitkan: Khamis, 10 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Timbalan Pegawai Perikanan Pulau Pinang mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan di Mahkamah Majistret di sini, Khamis terhadap lima tuduhan menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri antara 2008 dan 2009.

Abidin Asri, 52, didakwa melakukan semua kesalahan itu dengan mengarahkan pekerjanya membuat permohonan kepada syarikat miliknya iaitu Sugih Maju Enterprise dengan mengisi Borang Permintaan/Pembelian Peralatan Pejabat antara 21 November 2008 dan 7 Disember 2009.

Bagi tuduhan pertama, dia didakwa mengarahkan Dasuki Awang Hamat membuat permohonan kepada Sugih Maju bagi sewaan bas untuk Program Lawatan Sambil Belajar ke Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.

Pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mengarahkan Rosalina Roslan membuat permohonan kepada Sugih Maju bagi kerja membekal dan menghantar Artemia 90 (USA) untuk makanan benih udang Projek Penetasan Udang Galah KPSP Tg. Berembang bernilai RM4,508.

Pertuduhan ketiga, dia didakwa mengarahkan Dasuki membuat permohonan kepada syarikat miliknya bagi perkhidmatan menyewa van 11 tempat duduk bernilai RM2,040. Pertuduhan keempat dan kelima, tertuduh, didakwa mengarahkan Rosmazilah Othman membuat permohonan kepada Sugih Maju bagi kerja bekal peralatan untuk projek Penetasan Benih Udang KPSP Tg. Berembang, Jalan Sg. Chenaam, Sg. Acheh, Nibong Tebal bernilai RM6,032 dan RM9,832.60.

Majistret Siti Salwa Jaafar menetapkan 16 Disember depan untuk sebutan semula kes dan Abidin dibebaskan dengan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.

Bagi kesemua pertuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (ASPRM), yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda minimum RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan yang mana satu lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan dilakukan oleh pegawai pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Soock Wee Ei Tem dan tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan