Bon RM1.3 Bilion Untuk Projek PKFZ - Saksi

Diterbitkan: Khamis, 10 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis diberitahu bahawa bon berjumlah RM1.3 bilion telah diterbitkan untuk projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Bekas Ketua Jabatan Bahagian Pasaran Modal, Malaysian Information Merchant Banker (MIMB) Ismadi Isenin berkata bon tersebut diterbitkan oleh syarikat Special Port Vehicle Berhad (SPV) setelah dilantik oleh MIMB bagi pihak Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB).

Katanya, KDSB menyerahkan hak mereka kepada SPV bagi mendapatkan jumlah pinjaman yang tinggi kerana KDSB terlibat dalam banyak perniagaan dan banyak hutang.

Ismadi berkata MIMB merupakan 'lead arranger' dalam urusan terbitan bon tersebut serta bertanggungjawab menyediakan dokumen kepada pelabur dan Suruhanjaya Sekuriti bagi mendapat kelulusan.

Beliau yang merupakan saksi ke-19 pendakwaan berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Adilla Ahmad dalam perbicaraan kes bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik.

Ismadi berkata MIMB mula dilantik pada Julai 2003 dan kemudiannya melantik SPV pada bulan yang sama.

Katanya jumlah keseluruhan bon adalah sebanyak RM1.35 bilion dan pihaknya (MIMB) mendapat keuntungan sebanyak RM40 juta daripadanya.

"Jumlah bon (bagi projek PKFZ) adalah sebanyak RM1.31 bilion. Kami jual kepada pihak pelabur sebanyak RM1.35 bilion. Perbezaannya adalah keuntungan kepada MIMB," katanya.

Dr Ling didakwa menipu kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894, yang berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000, sedangkan beliau tahu JPPH, dalam menentukan kadar RM25 skp, telah mengambil kira kadar kupon/faedah.

Beliau juga berdepan dua pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000.

Dr Ling, 68, didakwa melakukan semua kesalahan itu di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, antara 25 September dan 6 November, 2002. Sementara itu ketika pemeriksaan balas oleh peguam Wong Kian Kheong yang mewakili Dr Ling, Ismadi bersetuju bahawa KDSB tidak mempunyai sebarang hak dengan penerbitan bon kecuali melalui MIMB dan hasil jualan bon tidak boleh diguna sewenang-wenangnya oleh MIMB ataupun KDSB.

Katanya, jumlah keuntungan yang diperoleh adalah sebagai bayaran kepada risiko yang ditanggung MIMB kerana urusan sedemikian kadang-kala membawa kerugian.

Di awal prosiding, bekas Naib Presiden Eksekutif Malaysian Rating Corporation Berhad (MRCB) Mohd Izzudin Yusuf berkata Dr Ling telah menandatangani surat sokongan untuk KDSB dalam urusan pengeluaran bon pada 28 May 2003.

Berikutan itu, MRCB memberi penilaian yang paling maksimum kerana sokongan kementerian merupakan salah satu syarat terpenting dalam pengeluaran bon.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Ahmadi Asnawi bersambung Isnin. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan