Wanita Hamil Didenda Keluarkan Wang Guna Kad ATM Kawan

Diterbitkan: Rabu, 9 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang wanita hamil tujuh bulan didenda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu selepas mengaku bersalah mengeluarkan wang menggunakan kad mesin juruwang automatik (ATM) curi milik kawan baiknya.

Majistret Zaki Asyaraf Zubir menjatuhkan hukuman itu terhadap Nor Shafarilla Ahmad Tahir, 27, yang mengaku bersalah mengeluarkan wang sebanyak empat kali semuanya berjumlah RM1,090 menggunakan kad ATM curi antara 20 hingga 28 Oktober dan 1 November lepas.

Mengikut pertuduhan, Nor Shafarilla yang berasal dari Cheras didakwa menggunakan kad ATM milik Nurul Haireena Isnin, 27, mengeluarkan wang berkenaan di empat lokasi berasingan di Kuala Lumpur menerusi mesin ATM:

# Maybank Stesen Minyak Jelatek 2, Jelatek;

# CIMB Bank Menara Sentul;

# Alliance Bank, Jalan Genting Klang; dan

# Maybank Stesen Minyak Caltex, Jalan Kuching.

Semua pengeluaran membabitkan RM250, RM40, RM500 dan RM300. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Jenayah Komputer 1997 yang boleh didenda RM150,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Nor Shafarilla didenda RM2,000 setiap pertuduhan dan denda RM1,500 tiap satu bagi pertuduhan ketiga dan keempat.

Tertuduh hanya membayar denda RM3,500 sahaja.

Ketika ditanya mahkamah mengapa melakukan kesalahan tersebut, suri rumah itu hanya mendiamkan diri dan kelihatan menitiskan air mata. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan