Rasuah: Empat Anggota Polis MPV Dipenjara, Denda

Diterbitkan: Rabu, 9 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Dua anggota polis MPV dijatuhi hukuman penjara empat tahun manakala dua lagi anggota polis MPV dikenakan hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah didapati bersalah atas tuduhan rasuah, dua tahun lepas.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh menjatuhkan hukuman penjara empat tahun dan denda RM30,000 terhadap Lans Koperal Mohammad Faizatulakma Shamsuddin, 27, atas tiga kesalahan meminta, bersetuju terima dan memperoleh suapan.

Azhaniz juga menjatuhkan hukuman penjara empat tahun dan denda RM20,000 terhadap Lans Koperal Mohd Zuraidi Abu Jasam, 26, atas dua kesalahan meminta dan memperoleh suapan.

Mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara setahun dan denda RM10,000, masing-masing terhadap Konstabel Zulkfli Jaafar, 29, atas kesalahan bersetuju terima suapan dan Lans Koperal Nor Haffizo Mat Hassan, 27, atas kesalahan memperoleh suapan.

Azhaniz bagaimanapun membenarkan permohonan keempat-empat anggota polis itu untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sehingga proses rayuan di Mahkamah Tinggi selesai tetapi mengarahkan mereka membayar denda hari ini.

Wang ikat jamin berjumlah RM3,500 setiap seorang yang ditetapkan sebelum ini dikekalkan.

Mengikut pertuduhan, Mohammad Faizatulakma dan Mohd Zuraidi didakwa bersama-sama meminta suapan wang tunai RM1,400 daripada pegawai bank Iduan Ariffin, 27, sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas Iduan dan pasangannya yang dikatakan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan 11/9, Petaling Jaya dekat sini, kira-kira pukul 11 malam pada 15 Februari 2009.

Mohammad Faizatulakma dan Zulkfli pula didakwa bersama-sama bersetuju menerima suapan RM800 daripada Iduan sebagai dorongan untuk melakukan perkara yang sama di RHB Bank Jalan SS2/55, Sea Park, Petaling Jaya, antara 12 tengah malam dan 1.30 pagi pada 16 Februari 2009.

Selain itu, Mohammad Faizatulakma, Mohd Zuraidi dan Nor Haffizo didakwa bersama-sama memperoleh RM800 daripada Iduan sebagai dorongan untuk melakukan perkara yang sama di Jalan 11/9, Petaling Jaya, kira-kira pukul 8.53 malam pada 16 Februari 2009.

Keempat-empat anggota polis itu yang bertugas di Balai Polis Sea Park, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, dihukum mengikut Seksyen 24 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi. Sepanjang perbicaraan, seramai 20 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan manakala pembelaan mengemukakan empat orang saksi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya daripada SPRM Muhammad Sinti sementara keempat-empat anggota polis itu diwakili peguam Mokhzani Harris Yusof dan Ahmad Zaharil Muhaiyar. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan