Kontraktor Didakwa Menipu Ahli Perniagaan

Diterbitkan: Rabu, 9 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang kontraktor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, atas tuduhan menipu seorang ahli perniagaan membabitkan nilai RMM426,740, lapan tahun lalu.

Tertuduh, Choong Soon Sing, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut yang dibacakan di hadapan Hakim Aslam Zainuddin.

Dia didakwa menipu Liong Sow Lai, 50, bahawa dia boleh mendapatkan konsesi pembalakkan di dua kawasan di Terengganu, iaitu seluas 30 ekar di Gapi, Bukit Paun dan seluas 150 ekar di Hulu Berang sehingga menyebakan Liong menyerahkan wang tunai itu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada antara 31 dan 6 Mac 2003 di Syarikat Wai Weng Enteprise di lot 99, Batu 22, Jalan Beranang, Semenyih, Hulu Langat, di sini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Asma Nadiah Abd Rahman dan beliau menawarkan jaminan sebanyak RM50,000 kepada tertuduh.

Choong merayu agar mahkamah dapat mengurangkan jumlah tersebut kerana mendakwa dia menanggung empat orang anak dan ibu bapa yang sudah tua.

Hakim Aslam membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM40,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan pasport antarabangsa tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Beliau juga menetapkan 7 Disember depan untuk sebutan semula kes bagi tertuduh melantik peguam.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan