Anggota Tentera Mengaku Tidak Bersalah Acu Pisau Dan Ugut Bunuh Bayi

Diterbitkan: Rabu, 9 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seorang anggota tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu terhadap tuduhan mengugut bunuh dan mengacukan pisau ke arah bayi perempuannya berusia tujuh bulan pada bulan lepas.

Mohd Rezal Dugal, 28, didakwa melakukan ugutan jenayah ke atas Puteri Aleez Aqiella, yang boleh menyebabkan kematian atau cedera parah terhadap bayi tersebut.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah beralamat Jalan SB 15, Taman Seri Bertam di sini, kira-kira 6.30 petang, 12 Oktober lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Majistret Muzila Mohamed Arsad membenarkan jaminan RM4,000 dan menetapkan 8 Disember depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Muhather Mohd Kudus manakala Mohd Rezal tidak diwakili peguam. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan