Semakan Kehakiman Oleh Malaysiakini 8 Dis

Diterbitkan: Selasa, 8 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menetapkan 8 Disember depan untuk sebutan bagi permohonan semakan kehakiman oleh pengendali laman berita Malaysiakini, Mkini Dotcom Sdn Bhd, untuk mencabar keputusan Kementerian Dalam Negeri tidak mempertimbangkan permohonan menerbitkan suratkhabar.

Hakim Abang Iskandar Abang Hashim membuat keputusan itu di dalam kamarnya setelah mendengar permohonan peguam Aston Paiva dan Peguam Kanan Persekutuan Noor Hisham Ismail.

Aston, yang mewakili Mkini Dotcom ketika ditemui pemberita, berkata tarikh berkenaan juga ditetapkan bagi kedua-dua pihak memfailkan hujahan bertulis masing-masing.

Mkini Dotcom yang memfailkan permohonan itu pada 28 September tahun lepas, dalam permohonannya menamakan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Menteri Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia sebagai responden.

Menurut Mkini Dotcom pihaknya melalui pengarahnya J.Premesh telah memohon permit penerbitan mengikut Seksyen 6(1)(a) Akta 301 untuk menerbitkan harian 'Malaysiakini'. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan