Pembunuhan Banting: Saksi Pakar Nafi Berpihak Pada Pendakwaan

Diterbitkan: Selasa, 8 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Peguam yang mewakili barisan pembelaan tertuduh yang didakwa membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki yang didakwa hilang bersamanya cuba mencabar kredibiliti seorang saksi pakar apabila mengatakan beliau berpihak kepada barisan pendakwaan.

Bagaimanapun, saksi terbabit, Pakar Perunding Perubatan Forensik dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) Doktor Nurliza Abdullah, 46, yang sedang memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini, dengan tenang menafikan kenyataan tersebut.

Perkara itu pada awalnya ditimbulkan peguam Manjeet Singh Dhillon yang mengatakan saksi berpihak kepada pihak pendakwaan kerana tidak memberikan jawapan secara objektif, sebaliknya memberikan jawapan subjektif kepada soalan yang diajukan oleh peguam.

Sebelum ini, Manjeet juga pernah mengingatkan Nurliza bahawa kehadirannya di mahkamah adalah sebagai seorang saksi bebas yang membantu mahkamah dalam membuat keputusan dan bukannya untuk pihak pendakwaan yang diketuai oleh Timabalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff.

Peguam Amer Hamzah Arshad seterusnya 'menyokong' kenyataan Manjeet apabila mendakwa saksi yang pakar dalam bidang forensik anthropology (tulang manusia) mempunyai pengetahuan awal yang dapat memprejudiskan kedudukan tertuduh.

Justeru itu, Amer Hamzah menambah, keterangan saksi pada Selasa, banyak berpihak kepada pendakwaan dan saksi juga menggunakan perkataan bahawa spesimen yang ditemui berkemungkinan besar adalah tulang manusia supaya ia selari dengan apa yang telah dinyatakan oleh pihak polis kepadanya.

"Saya tidak bersetuju," kata Nurliza yang merupakan saksi pendakwaan ke-63.

Amer Hamzah seterusnya meminta Nurliza memberikan peratusan bagi menggantikan penggunaan perkataan 'kemungkinan besar tulang manusia', bagaimanapun saksi menjawab, beliau tidak boleh berbuat demikian.

"Saya hanya boleh memberikan jawapan secara subjektif, iaitu berkemungkinan besar tulang manusia tidak secara peratusan," tambahnya.

Nurliza juga mengakui bahawa beliau tidak boleh menentukan sama ada semua tulang tersebut yang ditemui di ladang tempat pembunuhan itu didakwa berlaku dan di Sungai Panchau, Banting, dekat sini dibakar pada waktu yang sama.

Amer Hamzah : Pernah tak kamu menjalankan ujian di mana tulang ditanam dan berlaku pembakaran di atas tanah itu?

Nurliza : Tidak.

Amer Hamzah : Kamu tahu atau tidak bahawa jika berlaku pembakaran di atas tanah ia boleh menyebabkan perubahan warna pada tulang tersebut?

Nurliza : Saya berpendapat perkara itu boleh berlaku jika ia melibatkan suhu yang tinggi sehingga sampai kepada tulang.

Amer Hamzah : Setuju jika saya katakan kamu tidak mempunyai kepakaran untuk menentukan ciri-ciri yang ada pada tulang haiwan yang telah dibakar?

Nurliza : Saya bukan pakar dalam bidang tulang haiwan.

Pada keterangannya, Nurliza yang pernah terlibat dalam siasatan sembilan individu terbakar akibat perlanggaran kapal tangki juga mengakui bahawa beliau tidak boleh mengesahkan jika pembakaran tersebut disebabkan oleh ritual kematian sesuatu agama.

Dalam kes ini, seorang bekas peguam, N. Pathmanabhan, 42, sedang dibicarakan bersama tiga pekerja ladang, T. Thilaiyalagan, 20, R. Matan, 21, dan R. Kathavarayan, 31, atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47, dan pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Semua tertuduh juga didakwa membunuh pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, dekat sini, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32. Jika disabitkan bersalah, mereka boleh dihukum mati mandatori seperti yang diperuntukkan oleh Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Perbicaraan pada Selasa hanya dihadiri oleh tiga tertuduh kerana Kathavarayan masih tidak sihat selepas dijangkiti batuk kering.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir bersambung Rabu.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan