Tiga Warga Iran Edar Dadah Dihukum Gantung

Diterbitkan: Jumaat, 4 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Oleh SALWA SHA'ARI SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat, menjatuhkan hukuman mati ke atas tiga warga Iran yang didapati bersalah mengedar 859.9 gram syabu dengan cara menelan kapsul-kapsul berisi dadah tersebut.

Hakim Datuk Wira Mohtaruddin Baki membuat keputusan tersebut selepas berpuas hati bahawa pembelaan yang dikemukakan oleh Hossein Shakeri, 40, Mahdi Afrasiabi, 29, dan Arshad Mohammed, 29, gagal untuk menimbulkan keraguan yang munasabah terdapap pertuduhan tersebut.

Semua mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada antara pukul 3 petang, 3 Februari 2010 dan 1 petang, 4 Februari tahun yang sama di Hospital Serdang, dekat sini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamed Yasser Mohd Nasir mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan melibatkan 16 saksi pendakwaan dan tertuduh yang diwakili peguam Ramesh Sivakumar membawa enam saksi pembelaan.

Berdasarkan keterangan, semua tertuduh yang menaiki penerbangan di Iran sebelum transit di Dubai ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, dekat sini, sebelum di bawa ke hospital terbabit bagi mengeluarkan dadah itu.

Berhubung penemuan kapsul-kapsul tersebut, Hossein yang merupakan seorang mekanik mendakwa ia sebenarnya adalah ubat untuk membina badan manakala tukang kimpal, Mahdi mengatakan kapsul berkenaan adalah vitamin.

Alasan yang diberikan oleh Arshad lebih unik apabila penjual barangan komputer itu mendakwa bahan tersebut adalah serbuk ubat gigi.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan