PKFZ:Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Kerajaan Sita Harta

Diterbitkan: Jumaat, 4 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat menolak permohonan pihak kerajaan untuk menyita harta bernilai lebih RM32 juta milik dua individu dan tujuh syarikat yang pernah menguruskan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Hakim Datuk Ghazali Cha membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwa raya yang mewakili pihak kerajaan gagal membuktikan harta yang diperoleh itu mempunyai kaitan dengan aktiviti haram.

Ghazali memerintahkan harta berupa wang, cek dan tanah milik responden dilepaskan daripada dibekukan dan dikembalikan kepada kesemua responden.

Dalam penghakimannya, Ghazali berkata pendakwa hanya bergantung kepada afidavit tanpa sebarang dokumen sokongan yang menunjukkan harta itu diperoleh secara haram.

Beliau juga tidak berpuas hati dengan permohonan pendakwaan yang tidak mengepilkan kertas pertuduhan terhadap bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) O.C. Phang bersama afidavit kerana ia memprejudis responden.

Katanya siasatan pegawai penyiasat dalam kes itu juga bersifat 'khabar angin' dan terdapat percanggahan maklumat seperti nombor akaun bank.

Ghazali berkata afidavit permohonan itu juga hanya bergantung kepada siasatan pegawai penyiasat sahaja tanpa dokumen rakaman percakapan saksi.

Beliau turut bersetuju dengan hujah peguam bahawa permohonan penyitaan sepatutnya dibicarakan secara lisan.

Pada 23 Nov tahun lepas pihak pendakwa memohon supaya harta milik Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), syarikat Transshipment Megahub Berhad, Coastal Skyline Sdn Bhd, Wijaya Baru Aviation Sdn Bhd, Wijaya Baru Sdn Bhd, Wijaya Baru Construction SdnBhd, Anggota Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing, Law Ka Hing dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) disita dan dilucut hak.

Ghazali menolak permohonan pendakwa untuk menangguhkan keputusan tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan