Tipu: Ketua Jurutera MAS Dipenjara Dua Tahun, Tiga Sebatan

Diterbitkan: Khamis, 3 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLUANG: Seorang ketua jurutera MAS dihukum penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana menipu seorang lelaki sebanyak RM3,000 lima tahun lepas.

M.Sawarn Singh, 48, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap G.Ajitpal Singh sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang berkenaan, yang dimasukkan ke akaun bank secara online di Maybank, Jalan Datuk Haji Hassan di sini, kira-kira 9.31 pagi pada 3 April 2006.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 10 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh menipu mangsa dengan mendakwa dia boleh membocorkan soalan kertas peperiksaan prakelayakan bagi jawatan pelatih penyelenggaraan pesawat dan juruterbang yang dikendalikan MAS, jika wang tersebut diserahkan kepadanya.

Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia P.Sevan manakala Sawarn Singh diwakili peguam dari Tetuan Karpal Singh & Co. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan