Rasuah: Pegawai Polis Dipenjara Dua Tahun, Denda RM40,000

Diterbitkan: Khamis, 3 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang pegawai polis berpangkat Cif Inspektor dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, Khamis selepas didapati bersalah atas dua tuduhan meminta dan bersetuju menerima suapan, empat tahun lepas.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati bahawa tertuduh, Ahmad Rambli, 40, gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Ahmad yang berasal dari Klang, juga boleh dipenjara selama dua tahun lagi sekiranya gagal membayar denda.

Bagaimanapun, Azhaniz membenarkan permohonan tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sehingga proses rayuan di Mahkamah Tinggi selesai.

Mahkamah turut mengekalkan wang ikat jamin tertuduh yang ditetapkan sebelum ini iaitu RM6,000.

Ahmad didapati bersalah meminta suapan RM5,000 daripada kerani swasta, K.Thiagu, 29, sebagai dorongan untuk tertuduh yang ketika kejadian pegawai penyiasat bagi satu kes, mengurangkan berat dadah heroin serta mengurangkan tempoh tahanan adik Thiagu, K.Vimaraj, 21.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Jabatan Siasatan Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang, kira-kira 7 malam pada 5 Februari 2007.

Bagi kesalahan itu, Azhaniz menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM25,000, atau setahun lagi penjara terhadap Ahmad jika dia gagal membayar denda.

Tertuduh juga didapati bersalah bersetuju menerima suapan RM3,000 daripada Thiagu sebagai dorongan untuk melakukan perkara sama di Restoran Al-Bidayah, No. 34, Jalan Sri Sarawak 19, Taman Sri Andalas, Klang, kira-kira 11 malam pada 20 Februari 2007.

Bagi kesalahan itu, Azhaniz menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM15,000, atau setahun lagi penjara terhadap Ahmad jika gagal membayar denda.

Beliau memerintahkan hukuman bagi kedua-dua pertuduhan berjalan secara serentak mulai Khamis. Sepanjang perbicaraan, seramai 10 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sementara pihak pembela mengemukakan seorang saksi.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Adzuan Adzhar manakala Ahmad diwakili peguam Aminuddin Mohd Ramli. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan