Penganggur Dipenjara Enam Bulan Miliki Kenderaan Curi - Berita Mahkamah | mStar

Penganggur Dipenjara Enam Bulan Miliki Kenderaan Curi

Diterbitkan: Khamis, 3 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, Khamis selepas mengaku bersalah atas dakwaan memiliki kenderaan curi bernilai RM85,000.

Sarjit Singh, 44, dituduh memiliki kenderaan curian jenis Toyota Wish dengan nombor pendaftaran BGY 8991 milik Ng Chan Yng.

Dia ditangkap memiliki kenderaan itu berdekatan Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Taman Pantai Perdana, Ampang Jaya pada pukul 5 pagi 10 Oktober tahun ini.

Sarjit didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Kesiksaan yang memperuntukkan hukuman enam bulan hingga lima tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Majistret Suzarika Sahak memerintahkan hukuman penjara itu berjalan mulai tarikh tangkapan.

Pendakwaan dijalankan oleh timbalan pendakwa raya Nithia Sivasamy manakal Sarjit tidak diwakili. -BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan