LCL Interiors Diarah Pulangkan Bayaran RM888,000 Pada Mac 2009 - Saksi

Diterbitkan: Khamis, 3 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen diberitahu pada Khamis beberapa langkah telah diambil oleh Pembangunan Pelancongan Malaysia Berhad (PEMPENA) untuk mendapatkan kembali wang sebanyak RM888,000 yang dilaburkan dalam projek restoran Malaysia di Dubai setelah ia tidak dilaksanakan.

Bekas Ketua Pengawal Kewangan PEMPENA Lim Khing Tai berkata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Idros Mohd menghantar surat kepada Datuk Low Chin Meng dan meminta pegawai syarikat LCL Interiors itu memulangkan wang berkenaan pada Mac 2009.

Keterangan Lim menyebabkan peguam Rejender Singh mendakwa saksi ketujuh itu berbohong kerana dalam perbicaraan sebelum ini, Idros menyatakan tidak ada sebarang tindakan diambil bagi mendapatkan kembali wang tersebut.

"Sekarang ini kita tidak tahu sama ada Idros ataupun kamu yang bercakap benar," kata Rejender pada perbicaraan kes pecah amanah membabitkan Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Mirza Mohammad Taiyab dan bekas Ketua Pegawai Operasi PEMPENA Mohammad Rosly Md Selamat.

Bagaimanapun, Lim, 40, yang kini bertugas sebagai perunding bebas, hanya menggeleng kepalanya dan memaklumkan beliau tidak tahu mengenai perkara itu.

Pada 16 Ogos tahun lepas, Mirza, 54, dan Mohammad Rosly, 57, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pecah amanah meluluskan pembayaran wang berjumlah RM888,000 ke akaun LCL Interior Dubai pada 27 Februari 2007, bagi projek pembinaan Restoran Malaysia Dubai tanpa mematuhi syarat yang ditetapkan.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat PEMPENA di Tingkat 3, Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra pada 27 Februari 2007.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun, dan denda, dan juga boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, peguam Saseedharan Menon yang mewakili Mirza, turut menyoal Lim berhubung aliran keluar masuk wang di dalam akaunnya, yang kerap berlaku sepanjang beliau bekerja dengan PEMPENA, namun saksi itu gagal memberikan sebarang jawapan.

Perbicaraan di depan Hakim Che Mohamad Zulkifly Jusoh disambung Jumaat. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan