Bunuh Penghantar Surat: Warga Emas Diperintah Bela Diri

Diterbitkan: Khamis, 3 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang warga emas hari ini diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan menyebabkan kematian seorang penghantar surat, dua tahun lepas.

Hakim Mohamad Sekeri Mamat membuat keputusan itu terhadap Khong Hin Yee, 66, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.

Mohamad Sekeri dalam penghakimannya berkata berdasarkan keterangan daripada saksi kelima pendakwaan iaitu Norakmal Wang Abdullah jelas menunjukkan bahawa tertuduh mempunyai niat untuk mencederakan mangsa.

"Saksi kelima itu berkata bahawa dia nampak dan lihat sendiri sebuah kereta yang dipanju laju oleh tertuduh mengejar mangsa hingga mangsa terlangar penghadang jalan sehingga menyebabkan mangsa terbabas," katanya.

Beliau berkata selain itu keterangan daripada saksi pendakwaan keenam iaitu Pakar Bedah Siasat daripada Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Prof Madya Dr Faridah Mohd Nor yang memeriksa si mati dan menyatakan terdapat kecederaan di bahagian dada si mati telah mengukuhkan fakta keterangan yang diberikan Norakmal. Khong, yang diwakili peguam G. Jegathesan, didakwa telah menyebabkan kematian Mohd Syafie Abd Latif, 28, dengan niat menyebabkan kecederaan tubuh badan yang mungkin menyebabkan kematiannya di berhampiran lampu isyarat, Jalan Permaisuri 3, Salak Selatan, Cheras dekat sini pada pukul 9.30 pagi, 21 April 2009.

Untuk kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda.

Seramai lapan orang saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang prosiding itu berlangsung. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Lokman Kasim. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan