Bekas Timbalan Pengurus Yayasan Selangor Bebas Tiga Tuduhan Rasuah

Diterbitkan: Khamis, 3 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Selepas setahun dipertuduhkan, bekas Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) Yayasan Selangor, Saifulruddin Sulaiman akhirnya dapat menarik nafas lega selepas dilepas dan dibebaskan daripada tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM45,000 bagi sambutan ulang tahun ke-40 yayasan tersebut. Hakim Mahkamah Sesyen di sini, M. Bakri Abd Majid membuat keputusan itu pada Khamis, selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan prima facie terhadap pertuduhan bagi memanggil Saifulruddin, 33, membela diri atas tuduhan itu.

Keputusan itu dibuat selepas M. Bakri mendengar keterangan yang diberikan oleh 17 saksi pendakwaan yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Roziza Sidek.

Saifulruddin yang dilucutkan jawatan pada Februari 2010 sebelum ini didakwa bersetuju untuk menerima wang tunai RM20,000 daripada Pengurus syarikat pengurusan acara, Drift Z Enterprise, Husni Hirzi Abd Rahim pada pukul 8 malam, 5 Oktober 2010.

Suapan itu didakwa sebagai upah untuk tertuduh memilih dan melantik syarikat tersebut sebagai pengurus acara bagi majlis sambutan tersebut yang mengikut rancangan akan diadakan pada 15 November 2010.

Bagaimanapun majlis tersebut dibatalkan selepas Sultan Sharafuddin Idris Shah dukacita dengan jumlah kos majlis tersebut yang dianggap sebagai pembaziran.

Selain itu, tertuduh juga menghadapi pertuduhan kedua, iaitu menerima wang tunai RM20,000 daripada Husni HIrza pada pukul 9 malam, 25 Oktober 2010 yang didakwa sebagai upah melantik syarikat berkenaan.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di rumah Saifulruddin yang terletak di nombor 3, Jalan Platinum 7/43C, Seksyen 7, di sini.

Bapa kepada tiga orang anak itu juga didakwa menerima wang tunai RM5,000 daripada Husni Hirzi pada pukul 9 malam, 11 November 2010 yang dikatakan sebagai dorongan untuk dia melepaskan pembayaran tambahan program sebanyak RM93,982.40 kepada syarikat itu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Restoran The Skewers, Subang Avenue, dekat sini. Bagi semua kesalahan itu, Saifulruddin didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Jika sabit kesalahan, Saifulruddin yang didakwa untuk kali pertama pada 15 Mac lalu boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.

Majlis sambutan tersebut menimbulkan kontroversi selepas seorang pegawai kanan yayasan berkenaan dikatakan membuat keputusan untuk membelanjakan RM300,000 bagi majlis sambutan ulang tahun ke 40 yayasan itu.

Bagaimanapun, Pengerusi Barisan Nasional Selangor, Datuk Seri Noh Omar mendakwa berlaku pembaziran dalam penganjuran majlis itu kerana kosnya melebihi RM800,000. Sementara itu, peguam Adam Yap yang mewakili Saifulruddin berkata, anak guamnya akan mempertimbangkan sama ada akan memfailkan saman sivil berhubung isu pemecatannya.

Selain Adam, Saifulruddin juga diwakili oleh peguam-peguam N. Sritharan dan C. Nadarajan.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan