Hakim Tarik Diri Daripada Dengar Kes Human Rights Party

Diterbitkan: Rabu, 2 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang hakim Mahkamah Tinggi menarik diri daripada mendengar permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman oleh Human Rights Party (HRP) untuk mendesak Menteri Dalam Negeri dan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) mendaftarkan HRP sebagai sebuah parti politik.

Hakim Abang Iskandar Abang Hashim membuat keputusan itu selepas peguam P. Uthayakumar, yang mewakili HRP, membuat permohonan supaya hakim berkenaan menarik diri daripada mendengar kes itu.

Mahkamah menetapkan hari ini untuk mendengar permohonan kebenaran yang difailkan oleh HRP terhadap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, ROS dan ROS Wilayah Persekutuan untuk mendaftarkan HRP sebagai sebuah parti politik.

Uthayakumar memberitahu pemberita, beliau membuat permohonan itu atas alasan terdapat kemungkinan berlaku keputusan berat sebelah memandangkan hakim itu telah meminda keputusan dalam satu kes jenayah melibatkan Uthayakumar sebagai salah seorang tertuduh.

Dalam kes itu, Hakim Abang Iskandar, selepas mendengar rayuan oleh pihak pendakwaan, telah meminda keputusan Mahkamah Sesyen Klang yang melepaskan tanpa membebaskan Uthayakumar.

Ini adalah permohonan kebenaran kedua oleh HRP untuk mendapatkan semakan kehakiman untuk meminta Menteri Dalam Negeri dan ROS mendaftarkan HRP sebagai sebuah parti politik.

Percubaan pertama ditolak oleh Mahkamah Tinggi selepas ROS, dalam surat bertarikh 4 Ogos, menolak permohonan HRP.

Uthayakumar berkata HRP memfailkan permohonan kedua selepas menteri tidak memberi jawapan kepada surat HRP berhubung perkara itu.

Dalam permohonan kedua, yang difailkan pada 11 Okt, HRP memohon perintah untuk membatalkan keputusan yang dianggapkan daripada Menteri Dalam Negeri untuk menolak permohonan mendaftarkan HRP dan satu perintah mandamus untuk mendesak menteri mendaftarkan HRP sebagai sebuah parti politik. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan