Edar Dadah: Wanita Uganda Diarah Bela Diri

Diterbitkan: Rabu, 2 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi di sini Rabu, memerintahkan seorang wanita Uganda membela diri terhadap pertuduhan membawa dan memiliki sebuah beg mengandungi 2,329 gram dadah jenis methamphetamine tahun lepas.

Hakim Mohd Amin Firdaus Abdullah membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Nabweteme Hadija, 56, seorang ahli perniagaan didakwa melakukan kesalahan itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada 9 Disember 2010.

Dia dituduh mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Amril Johari, manakala tertuduh diwakili peguam Yagoo Subramaniam. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan