Bunuh Ibu: Pemuda Terlepas Tali Gantung Kerana Tidak Siuman

Diterbitkan: Rabu, 2 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Seorang pemuda yang membunuh ibunya terlepas hukuman gantung setelah Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu memutuskan dia tidak siuman ketika melakukan perbuatan itu.

Hakim Datuk Zulkifli Bakar dalam keputusannya mengarahkan Mohd Hirman Sah Sohami, 27, ditahan di Hospital Permai, Tampoi bagi tempoh mengikut perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

Semasa membacakan keputusan itu, Zulkifli berkata walaupun mahkamah mendapati Mohd Hirman Sah bersalah menyebabkan kematian ibunya tetapi mahkamah juga mendapati dia tidak siuman ketika melakukannya.

"Setelah meneliti hujahan dari pihak pendakwaan dan pembelaan, mahkamah mendapati orang kena tuduh (OKT) telah melakukan perbuatan seperti dalam pertuduhan.

"Bagaimanapun berdasarkan hujahan sama juga mahkamah mendapati OKT telah melakukan perbuatan itu tanpa niat kerana pada ketika itu OKT berada dalam keadaan tidak siuman," katanya.

Mohd Hirman Sah dituduh membunuh ibunya Jamelah Muhamad, 54, di rumah beralamat No. 334 Blok 38, Felda Kepis, Kuala Pilah pada pukul 8 malam, 18 Februari lalu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Saharuddin Wan Ladin manakala Mohd Hirman Sah diwakili peguam Roseli Abdul Gani.

Terdahulu Roseli dalam hujahnya berkata, Mohd Hirman Sah amat menyayangi ibunya dan berada di samping ibunya selepas melakukan perbuatan itu dan tidak melarikan diri ketika polis tiba di tempat kejadian.

"Tindakan dia tidak melarikan diri selepas melakukan kesalahan itu jelas menunjukkan dia tidak ada niat dan tidak waras sewaktu melakukan perbuatan itu," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan