Tertuduh Sakit, Bicara Pembunuhan Banting Tangguh Rabu

Diterbitkan: Selasa, 1 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, menangguhkan prosiding perbicaraan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu yang lain kepada Rabu, ekoran salah seorang daripada empat tertuduh tidak sihat.

Peguam Manjeet Singh Dhillon memberitahu Hakim Datuk Akhtar Tahir bahawa tertuduh keempat, R. Kathavarayan tidak menghadiri prosiding hari ini kerana sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh, dekat sini.

Kathavarayan dikatakan ditahan di wad setelah disyaki mendapat jangkitan batuk kering (tibi) dan peguam Gurbachan Singh dimaklumkan telah berada di hospital itu untuk melihat sendiri keadaan pekerja ladang itu.

Manjeet seterusnya memberitahu, Kathavarayan tidak boleh menghadiri prosiding mahkamah untuk tempoh selama seminggu, tetapi peguam Ravi Nekoo yang mewakili tertuduh telah bersetuju agar perbicaraan diteruskan tanpa kehadiran anak guamnya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusof yang mengetuai barisan pendakwaan turut mengesahkan keadaan kesihatan tertuduh dan memohon agar diberikan penangguhan untuk membolehkan pihaknya menyusun semula kedudukan saksi yang akan dipanggil pada Rabu.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membenarkan permohonan tersebut.

Kathavarayan, 31, sedang dibiacarakan bersama bekas peguam, N. Pathmanabhan, 42, dan dua pekerja ladang, T. Thilaiyalagan, 20, dan R. Matan, 21, atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47 tahun.

Semua mereka juga didakwa atas tuduhan membunuh pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44; pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, dekat sini, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 tahun.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan pada antara pukul 8.30 dan 9.45 malam, 30 Ogos 2010 di ladang Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjong Sepat, Banting, dekat sini.

Pendakwaan dikendalikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan keterangan, semua mangsa dilaporkan hilang selepas dikatakan bertolak ke Banting untuk bertemu dengan seorang peguam dikenali sebagai 'Datuk Pathma' untuk tujuan mempercepatkan tarikh cek yang mahu digunakan oleh pengasas produk kosmetik Nouvelles Vissage itu untuk membayar bonus hari raya pekerja.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan