Shamala dibenar Tamat Khidmat Peguam Bela Dalam Kes Hak Penjagaan Anak

Diterbitkan: Selasa, 1 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini pada Selasa membenarkan bekas kerani bank, S.Shamala, menamatkan khidmat peguam yang mewakilinya dalam tiga rayuan yang dikemukakan oleh suaminya berhubung hak penjagaan dua anak lelaki mereka.

Panel tiga hakim terdiri Datuk Sulaiman Daud, Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad dan Anantham Kasinater memberi kebenaran itu tanpa memerintahkan pembayaran kos.

Peguam Steven Thiru memberitahu mahkamah bahawa Shamala, 39, telah memberi arahan agar beliau dan dua peguam lain Ravi Nekko dan David Mathew, menarik diri daripada mewakilinya.

Katanya Shamala membuat keputusan untuk tidak meneruskan kes sivil berhubung penjagaan anak-anaknya kerana berpendapat tidak akan tercapai penyelesaian secara undang-undang dalam kes itu apabila Mahkamah Persekutuan membuat keputusan untuk tidak menjawab persoalan melibatkan perlembagaan berhubung isu penjagaan anak mereka.

Panel hakim itu menetapkan 1 Disember untuk mendengar rayuan yang dikemukakan Dr Muhammad Ridzwan, 43, dahulunya dikenali sebagai Dr Jeyaganesh C. Mogarajah.

Antara rayuan yang dikemukakan ialah mengenai keputusan Mahkamah Tinggi memberi hak penjagaan bersama terhadap anak mereka Saktiwaran dan Theiviswaran, tetapi mengenakan kaveat terhadap Shamala, yang melarangnya daripada mengajar dua kanak-kanak itu ajaran agama Hindu dan menyuruh mereka makan daging babi.

Shamala dan dua anaknya, yang kini dipercayai menetap di Australia, menarik balik rayuan dan rayuan balasnya pada 1 Ogos. Rayuan itu ialah berhubung keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya mendapatkan perisytiharan bahawa tindakan Dr Muhammad Ridzwan, yang kini tidak lagi tinggal sebumbung dengannya sebagai suami isteri, membawa anak mereka menganut agama Islam, adalah tidak sah.

Rayuan balas itu pula adalah berhubung keputusan Mahkamah Tinggi memberi hak penjagaan kanak-kanak berkenaan kepadanya dan Dr Muhammad Ridzwan.

Pada prosiding hari ini, Thiru menyangkal dakwaan bahawa pasukan peguam bela itu telah bertindak sendiri dan bukan berdasarkan arahan Shamala, dengan berkata mereka memfailkan afidavit untuk menunjukkan mereka berbuat demikian setelah menerima arahan dripada keluarga Shamala dan wanita itu sendiri.

Pasangan suami isteri itu berkahwin mengikut agama Hindu pada 1998 dan mendaftarkannya mengikut Akta Pembaharuan Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976.

Pada 2002, suaminya memeluk Islam dan membawa dua anaknya itu menganut agama yang sama, tanpa pengetahuan dan persetujuan Shamala. Beliau juga memperoleh perintah 'hadanah' berhubung penjagaan anak daripada Mahkamah Syariah.

Pada 12 November tahun lepas, Mahkamah Persekutuan membuat keputusan untuk tidak menjawab persoalan berkaitan perlembagaan berhubung pertikaian pasangan itu kerana Shamala dan dua anak mereka tidak hadir di mahkamah.

Dr Muhammad Ridzwan diwakili peguam V. Mugunthan, manakala naib presiden Majlis Peguam Malaysia Christopher Leong bertindak sebagai peguam pemerhati bagi pihak Majlis Peguam. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan