Rompak RM20: Dua Lelaki Dipenjara Enam Tahun, Sebat

Diterbitkan: Selasa, 1 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Dua lelaki tempatan dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini Selasa selepas mereka mengaku bersalah merompak telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM20 milik dua warga Myanmar pertengahan bulan lepas.

Hairol Abu Bakar, 25, dan Abdul Karim Musa, 33, didakwa melakukan rompakan berkumpulan terhadap Tun Naing Win, 33, dan Thet Naing Soe ,26, dengan merampas wang tunai RM20, dan sebuah telefon bimbit di sebuah rumah di alan Setia, Ayer Keroh Heights, pada 10.15 pagi 18 Oktober.

Hairol ketika merayu mahkamah mengenakan hukuman yang ringan, memberi alasan bahawa dia telah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia setahun serta perlu menanggung ibu bapa yang tinggal serumah dengannya, manakala Abdul Karim memberi alasan bahawa ini adalah kesalahan pertamanya.

Berdasarkan fakta kes yang dibentangkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ifa Sirrhu Samsudin, kedua-dua tertuduh telah mengacukan pisau ke arah mangsa dan memaksa mereka menyerahkan wang dan telefon bimbit itu.

Selepas menyamun, kedua-dua tertuduh terus melarikan diri menggunakan sebuah motosikal yang kemudian dicam oleh mangsa.

Kemudian, mangsa terus ke balai polis untuk membuat laporan, dan tertuduh ditangkap setelah melalui sesi kawad cam pada 20 Oktober lalu.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Hakim Ahmad Sazali Omar turut sempat menegur kedua-dua tertuduh agar berusaha sendiri untuk mendapatkan wang.

"Saya bersetuju dengan Timbalan Pendakwa Raya iaitu jangan ambil mudah, mahukan duit secara cepat, jangan ambil duit orang. Kita sihat tubuh badan, kerjalah. Kalau nak sesuatu kita kena kerja, pasti akan dapat upah yang banyak," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan