Pecah Amanah: Bekas Amil Dipenjara Empat Tahun, Tiga Sebatan

Diterbitkan: Selasa, 1 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KULAIJAYA: Seorang bekas amil dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana melakukan pecah amanah membabitkan RM19,510. Majistret Zaiton Anuar menjatuhkan hukuman itu selepas Redzuan Mohd Said, 28, bekas imam sebuah masjid di sini, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Redzuan, sebagai amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor, didakwa melakukan pecah amanah terhadap wang hasil kutipan zakat fitrah dan kutipan derma anak yatim sebanyak RM19,510 dengan menyalahgunakan wang itu untuk kegunaan sendiri di Pasaraya Tesco di sini antara 16 Ogos tahun lepas dan 4 September tahun ini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh dikenakan sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Zaiton mengarahkan hukuman penjara terhadap Redzuan dijalankan bermula dari tarikh tangkapan iaitu 28 Oktober lepas.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya A. Karthiyayini manakala Redzuan tidak diwakili peguam. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan