Enam Rakyat Malaysia Di UK Mahu SPR Daftar Mereka Sebagai Pengundi Tidak Hadir

Diterbitkan: Selasa, 1 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Enam rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara menfailkan permohonan kebenaran untuk semakan kehakiman bagi mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendaftarkan mereka sebagai pengundi tidak hadir pada pilihan raya umum akan datang.

Mereka memfailkan permohonan itu di pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas, 25 Oktober lepas melalui Tetuan Chooi & Company. Media memperoleh salinan permohonan itu hari ini.

Permohonan itu akan didengar di hadapan hakim Datuk Rohana Yusuf, 14 November ini.

Dalam permohonan itu, enam pemohon iaitu, Teo Hoon Seong seorang doktor, V.Vinesh seorang jurutera elektrik, Paramjeet Singh seorang usahawan, Yolanda Sydney Agustin seorang doktor, Sim Tze Wei seorang penterjemah dan arkitek perisian Leong See See, menamakan SPR sebagai responden.

Mereka yang menetap di United Kingdom itu, antara lain memohon satu deklarasi bahawa mereka sebagai warganegera Malaysia yang menetap di luar negara adalah berhak didaftarkan sebagai pengundi tidak hadir.

Mereka juga memohon perintah certiorari bagi membatalkan keputusan SPR melalui surat bertarikh 9 September lepas, yang tidak mendaftarkan mereka sebagai pemilih tidak hadir.

Selain itu, mereka juga memohon perintah mandamus bagi mengarahkan SPR untuk mendaftarkan mereka sebagai pengundi tidak hadir, dan perintah lain yang perlu bagi membolehkan mereka didaftarkan sebagai pengundi tidak hadir atau pengundi pos pada pilihan raya umum akan datang. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan