Balkis: Kerajaan Selangor Tidak Ada Locus Standi Ketepi Keputusan ROS

Diterbitkan: Isnin, 31 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor dan lapan orang lain tidak ada locus standi untuk mengetepikan keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk membubar dan membatalkan pendaftaran Persatuan Kebajikan dan Amal Isteri-isteri Anggota Dewan Undangan Negeri dan Anggota Parlimen Selangor (Balkis).

Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin mendengar dalam Kamar permohonan semakan kehakiman yangd difailkan oleh 10 pemohon - kerajaan Selangor, isteri Menteri Besar Selangor Puan Sri Salbiah Tunut, Permodalan Negeri Selangor Berhad, Kumpulan Darul Ehsan Berhad, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, Worldwide Holdings Berhad, Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd, Selaman Sdn Bhd, PKNS Infra Berhad dan PKNS Engineering and Construction Bhd - mencabar keputusan ROS. Peguam Kanan Persekutuan Datin Azizah Nawawi, yang mewakili ROS memberitahu media bahawa sembilan pemohon itu hanya mencabar keputusan ROS berdasarkan bahawa mereka ada kepentingan peribadi sepenuhnya terhadap keputusan tersebut kerana dana mereka secara langsung atau tidak langsung telah menyumbang ke arah aktiviti sosial Balkis.

"Sehubungan itu, kita menghuraikan bahawa pemohon-pemohon itu kecuali Salbiah, hanya sebagai penyumbang kewangan kepada Balkis, gagal membuktikan hak perundangan mereka dan dengan itu, mereka tidak ada locus standi untuk menerima sebarang perintah daripada mahkamah mengenai pembubaran dan pembatalan Balkis," katanya.

Sementara itu Peguam Derek Fernandez dan S.Selvarajah memberitahu pemberita bahawa mereka telah memberikan hujah bahawa notis untuk membubarkan Balkis tidak pernah disebut dalam agenda mesyuarat semasa mesyuarat untuk membubarkan Balkis.

Fernandez juga berkata mengikut undang-undang Menteri Dalam Negeri boleh mengecualikan pembubaran Balkis mengikut peruntukan Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966, tetapi dalam kes ini, beliau berkata, menteri telah melakukan kebelakangan, setelah akta itu dibuat.

Beliau berkata ROS hanya membatalkan pendaftaran Balkis pada 11 Februari, 2009 tetapi surat pengecualian bertarikh 20 Mac, 2009.

Fernandez juga memberitahu bahawa Hakim Datuk Rohana Yusuf dijadual memberikan keputusan pada 30 November.

Balkis menjadi bahan perbualan apabila Abdul Khalid mendakwa bahawa terdapat penyalahgunaan dalam dana Balkis di bawah bekas presidennya Zaharah Kechik, isteri bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo.

Dalam permohonan itu, para pemohoan antara lain memohon satu perintah untuk mengetepikan keputusan ROS, satu pengisytiharan bahawa keputusan itu batal dan tidak sah serta mendaftarkan semula (mengambil) pertubuhan itu (Balkis). - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan