Ugut Guna Pedang Samurai: Penjual Kismis Dipenjara Sehari

Diterbitkan: Jumaat, 28 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Majistret di sini pada Khamis, memerintahkan seorang penjual kismis menjalani hukuman penjara sehari dan membayar denda RM3,000 selepas didapati bersalah melakukan ugutan dengan menggunakan sebilah pedang samurai.

Majistret Norkamilah Aziz juga memerintahkan tertuduh, Muhammad Nazmi Roslan, 27, dihukum denda RM2,500 bagi kesalahan memiliki pedang samurai terbabit secara tidak sah.

Jika denda tersebut gagal dibayar, Norkamilah memerintahkan supaya tertuduh dihukum penjara selama enam dan lima bulan. Muhammad Nazmi didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap Mohd. Adzran Safarudin, 23, dengan menetak kereta milik mangsa menggunakan sebilah pedang samurai pada pukul 2 pagi, 26 September 2010 di hadapan Restoran Sempeneh, Jalan Badminton 13/29, Seksyen 13 di sini.

Bagi kesalahan itu, dia dituduh mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Tertuduh turut didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Merbahaya 1958 bagi kesalahan memiliki pedang samurai sepanjang 82 sentimeter di tempat yang sama pada pukul 1.20 pagi, 13 Oktober 2010.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Husnita Mohd. Radzi yang mengemukakan lima saksi manakala tertuduh membawa tiga saksi bagi menyokong pembelaannya.

Pada rayuannya, tertuduh memohon agar dikenakan hukuman ringan dengan alasan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan selain kejadian itu juga berlaku akibat provokasi.

Bagaimanapun, Noor Husnita memohon tertuduh dikenakan satu hukuman yang mampu memberi pengajaran kepada orang ramai agar tidak bertindak membuta tuli serta tidak mengendahkan undang-undang.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan