Ketua Pembangkang Pulau Pinang Dibenar Gantung Perintah Kosong Pusat Komuniti

Diterbitkan: Khamis, 27 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini pada Khamis, membenarkan permohonan Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim untuk mengantung perintah agar beliau mengosongkan Pusat Komuniti Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga yang diwakilinya.

Hakim Datuk Rohana Yusuf membenarkan agar perintah tersebut berkuat-kuasa sehingga selesai pendengaran prosiding rayuan yang difailkan oleh Azhar selepas mahkamah sama menolak permohonan semakan kehakimannya bagi membatalkan perintah itu.

Azhar memfailkan notis rayuan itu di Mahkamah Rayuan pada 28 Julai lalu, iaitu dua hari selepas semakan kehakiman itu ditolak.

Pada prosiding itu, Azhar diwakili oleh peguam Mohd Zaharudeen Harun manakala Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dinamakan sebagai responden diwakili oleh peguam Jenine Gill.

Pada 19 November 2010, Azhar memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi memohon deklarasi bahawa arahan untuk mengosongkan pusat komuniti terbabit sebagai tidak sah dan tidak boleh dilaksanakan.

Arahan tersebut didakwa dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Daerah Seberang Perai Utara pada 8 November 2010.

Azhar selaku pemohon mendakwa, arahan untuk mengosongkan pusat komuniti itu dibuat dengan niat jahat (mala fide) dan berdasarkan agenda politik.

Berdasarkan rekod mahkamah, Azhar yang menjadi ADUN sejak 1990, mendakwa terdapat perjanjian antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat pada 2005 untuk membina pusat komuniti yang dikenali sebagai Pusat Komuniti ADUN Penaga.

Dalam afidavit yang diikrarkan beliau pada 13 Disember lalu, beliau yang bertanding atas tiket Barisan Nasional mendakwa pusat itu dibina pada tanah milik Kerajaan Negeri manakala Kerajaan Pusat memberiperuntukkan RM245,000.

Beliau menambah, kedua-dua pihak telah bersetuju bahawa pusat itu akan digunakan oleh ADUN Penaga yang dipilih, tanpa mengambil kira pegangan politik.

Dalam saman tersebut, Azhar mendakwa, pusat itu mula beroperasi pada 2006 dan digunakan oleh pelbagai pihak termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), pergerakan pemuda dan juga sebagaipusat aktiviti agama.

Beliau mendakwa telah menerima notis pada 8 November lalu daripada pejabat daerah berkenaan mengarahkannya untuk memulangkan kunci pusat komuniti berkenaan atas alasan ia terletak di tanah Kerajaan Negeri.

Azhar seterusnya mendakwa, beliau telah menghantar surat bertarikh 16 November lalu untuk pegawai tersebut pertimbangkan arahan itu, tetapi masih belum menerima sebarang balasan.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan