Writ Saman Ketua Umno Pulau Pinang Diserah Kepada Guan Eng

Diterbitkan: Selasa, 25 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGETOWN: Writ saman Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng diserahkan kepada Lim menerusi peguam Abdul Rauf Abdul Samad yang mewakili Tetuan Jahaberdeen & Co. Abdul Rauf berkata writ saman itu diterima oleh seorang petugas di pejabat Ketua Menteri.

"Kami mohon untuk berjumpa dan menyerahkan writ saman ini kepada Ketua Menteri sendiri tetapi beliau enggan dan hanya menghantar wakilnya," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan writ saman itu.

Semalam Zainal Abidin memfailkan saman fitnah berjumlah RM30 juta terhadap Lim dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta dua yang lain kerana didakwa mengeluarkan kenyataan mengaitkan Umno dengan demonstrasi dan cubaan membakar ibu pejabat DAP di negeri itu.

Writ saman difailkan menerusi firma guaman Tetuan Jahaberdeen & Co. di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur, dengan menamakan Lim, PKR, syarikat penerbitan portal berita rasmi parti itu, Keadilan Daily, Segmen Fleksibel Sdn Bhd dan ketua penyuntingnya, Fazalah Pit masing-masing sebagai defendan pertama hingga keempat.

Abdul Rauf berkata bahawa 18 Nov telah ditetapkan bagi perbicaraan kes itu di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan