Pekerja MPSJ Mengaku Dera Bekas Isteri

Diterbitkan: Selasa, 25 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja Majlis Perbandaran Subang Jaya yang dihadapkan ke Mahkamah Seksyen di sini mengaku mendera bekas isterinya sehingga menyebabkan kecederaan parah, minggu lepas.

Jailani Ismail, 44, didakwa memukul Che Eshah Awang, 55, dengan sebatang kayu rotan di Lot 2571 Batu 6 1/2, Jalan Puchong Petaling, Brickfields, pada 5.50 petang, 19 Oktober lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun, atau denda dan sebatan, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Hakim Azwarinda Affandi menetapkan 29 November depan bagi pendakwaan mengemukakan laporan perubatan sebelum beliau menjatuhkan hukuman.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Henry Tan Shiua Hee manakala Jailani tidak diwakili peguam. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan