Edar Syabu Di KLIA, Warga Jepun Ke Tali Gantung

Diterbitkan: Selasa, 25 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang bekas jururawat warganegara Jepun menangis teresak-esak selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atasnya kerana kesalahan mengedar dadah jenis Methamphetamine atau syabu dua tahun lepas.

Hakim Datuk Siti Mariah Ahmad menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati bahawa pembelaan tertuduh, Mariko Takeuchi, 37, dari Tokyo, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Wanita itu didakwa mengedar 3,493 gram Methamphetamine di kaunter pemeriksaan kastam, Unit Khas Penumpang T, Balai Ketibaan Antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 9.55 malam, 30 Okt 2009.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Dalam penghakimannya, Siti Mariah antara lain berkata Mariko dalam keterangan pembelaannya mendakwa pergi ke Dubai untuk mengambil wang daripada Alex yang katanya teman lelaki kepada rakan baiknya.

Hakim itu berkata tertuduh memberitahu selepas berada di Dubai kira-kira lima hari, dia telah berjumpa dengan pemandu Alex yang kemudian meminta bantuan dia membawa sebuah beg yang katanya berisi pakaian ke Malaysia.

Setibanya di KLIA, Mariko ditahan pihak Kastam yang menjalankan operasi menemui dadah dalam beg yang dibawa tertuduh.

"Saya mendapati pembelaan gagal mengemukakan keterangan bagi menangkis anggapan pengedaran dadah dan pembelaan tertuduh adalah direka-reka, tidak munasabah dan tidak logik.

"Alasan tertuduh bahawa dia pergi ke Dubai untuk dapatkan wang tidak munasabah dan mencurigakan. Alex boleh hantar sendiri wang kepada teman wanitanya dan tidak perlu tertuduh datang ambil," kata Siti Mariah.

Hakim itu juga berkata tertuduh gagal membawa rakan baiknya untuk membantu pembelaan dan kegagalan mengemukakan rakan baik tertuduh itu menunjukkan keterangan yang diberikan hanyalah rekaan.

Siti Mariah mendapati tertuduh bersalah dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati mengikut peruntukan Seksyen 39B (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sejurus mahkamah membuat keputusan dan jurubahasa Kedutaan Jepun menterjemahkannya kepada Mariko, wanita itu yang memakai kemeja-T hitam dengan jeket berwarna coklat berseluar denim biru, menangis teresak-esak dan terpaksa ditenteramkan oleh anggota polis mahkamah.

Pihak Kedutaan Jepun dan beberapa wakil media dari negara itu turut kelihatan di galeri awam bagi mengikuti perbicaraan kes itu.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Aimie Yusreena Yunus yang menyebut bagi pihak Timbalan Pendakwa Raya Gan Peng Kun sementara Mariko diwakili peguam Mohd Rafik Rahem. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan