Pengurus Kilang Perabot Didakwa Sogok Pegawai TNB

Diterbitkan: Isnin, 24 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pengurus kilang perabot hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan memberi rasuah kepada pengurus kanan Tenaga Nasional Berhad (TNB), Mei lepas.

Tan Boon Hing, 57, didakwa memberikan suapan iaitu wang tunai RM4,000 kepada Rumaizi Mohd Amir sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atasnya kerana mencuri arus eletrik.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Restoran Starbuck Bangsar Village di sini pada 10.45 pagi, 25 Mei 2011.

Untuk itu dia didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 24 akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang RM10,000 atau lima kali ganda jumlah suapan atau mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM Fairuz Johari menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin manakala peguam P.Yogan yang mewakili tertuduh tiada bantahan terhadap jaminan tersebut.

Hakim Rosbiahanin Ariffin membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 November depan untuk sebutan kes. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan