Bakal Jemaah Haji Didakwa Menipu

Diterbitkan: Isnin, 24 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Hasrat seorang wanita untuk ke Tanah Suci bagi menunaikan fardu haji berkemungkinan tidak tercapai selepas dia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin, atas tuduhan menipu membabitkan jumlah RM209,000.

Tertuduh, Mardiyah Hashim, 45, yang merupakan seorang peniaga memberitahu bahawa dia sepatutnya bertolak dengan menaiki penerbangan pada Rabu.

Dia terdahulu mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Aslam Zainuddin atas tuduhan menipu seorang pengedar, Juhaida Abdul Halim berhubung pembekalan 3,000 pasang telekung yang telah menyebabkan wanita tersebut mendepositkan wang sebanyak RM209,000 ke dalam akaun tertuduh.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada pukul 9 malam, 14 Jun lalu di Restoran Pelita di Seksyen 9, di sini.

Tertuduh yang ditangkap pada 12 September lalu didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Asma Nadiah Abd Rahman.

Aslam menetapkan jaminan terhadap tertuduh pada jumlah RM30,000 dengan seroang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 8 Disember depan.

Beliau juga memerintahkan tertuduh untuk mengemukakan bukti bahawa dia akan mengerjakan haji kerana jika tidak, wanita terbabit perlu menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan