Pemandu Kren Bebas Tuduhan Bunuh Pemandu Teksi

Diterbitkan: Jumaat, 21 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Hanya tangisan gembira dapat menggambarkan perasaan syukur seorang pemandu kren apabila Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat, melepas dan membebaskan dia daripada tuduhan membunuh seorang pemandu teksi, tiga tahun lalu.

Jumri Andi Cama, 29, juga menerima ucapan tahniah dan pelukan daripada beberapa tertuduh lain yang turut mendengar keputusan yang dibuat oleh Hakim Datuk Siti Mariah Ahmad.

Lelaki bertubuh kecil itu segera bersalaman dengan ayahnya yang berada di galeri awam mahkamah sebelum memeluk isterinya, Rahmawati, 30, yang turut sama menangis.

"Saya hanya mahu pulang ke rumah, tetapi saya akan singgah dahulu di masjid untuk sujud syukur," kata bapa kepada sepasang cahaya mata berusia lima dan tujuh tahun itu sambil tersenyum.

Jumri sebelum ini ditahan di penjara bermula pada 3 November 2008 dan dibicarakan atas tuduhan membunuh Roslan Abdul Han, 27, yang didakwa dilakukannya pada antara pukul 8.30 dan 9 malam, 2 November 2008.

Dia didakwa melakukan kesalahan bersama-sama lima orang yang masih bebas dalam satu perhimpunan di kaki lima Restoran Yong Chung, Nombor 1-00-1, Jalan Batu Nilam 1, Bandar Bukit Tinggi, Klang, dekat sini.

Pada prosiding itu, dia diwakili oleh peguam A. Komathi.

Pada penghakimannya, Siti Mariah berkata, kegagalan pihak pendakwaan memanggil doktor dan mengemukakan laporan perubatan mangsa telah menyebabkan berlaku kelompangan dalam kes tersebut.

"Ia telah menimbulkan keraguan sama ada kematian mangsa adalah disebabkan oleh kecederaan yang dialaminya ataupun disebabkan oleh kelewatan mendapatkan rawatan," tambahnya.

Selain itu, Siti Mariah juga berkata, terdapat percanggahan dalam keterangan-keterangan saksi yang melihat kejadian dengan keterangan yang diberikan oleh pegawai penyiasat.

Tambahnya, saksi yang melihat kejadian juga tidak konsisten dalam keterangannya sama ada Jumri yang beralamat di Pandamaran, Klang benar-benar telah memukul mangsa.

"Justeru itu, saya mendapati pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan prima facie untuk mahkamah memanggil tertuduh membela diri atas tuduhan tersebut," katanya.

Perbicaraan sebelum ini melibatkan keterangan 12 saksi pendakwaan.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan