Penganggur Dakwa Merompak Kerana Lapar

Diterbitkan: Khamis, 20 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang penganggur mendakwa kelaparan telah menyebabkan dia memilih untuk merompak rantai leher emas milik seorang wanita warga Sri Lanka, lima hari lalu.

"Semasa itu, saya telah beberapa hari tidak makan," kata Ronnie Rikson Aron, 30, kepada Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Mohamed Mokhzani Mokhtar pada Khamis, selepas mengaku bersalah atas tuduhan itu.

Tertuduh yang berasal dari Sarawak itu juga memberitahu, dia telah memulangkan kembali rantai leher berharga RM1,000 itu kepada pemiliknya, selepas ditangkap oleh suami mangsa kira-kira 20 meter dari tempat kejadian.

Bagaimanapun, perbuatan tersebut masih merupakan satu kesalahan jenayah dan Mohamed Mokhzani selepas mendengar rayuan itu, memerintahkan agar tertuduh dihukum penjara selama empat tahun.

Hukuman itu diarahkan bermula sejak daripada tarikh Ronnie ditangkap, iaitu pada 16 Oktober lalu.

Ronnie didakwa merompak rantai leher milik Priantha Samara Arachachi pada pukul 4.40 petang, hari yang sama di Persiaran Budiman, Taman Sri Muda, Seksyen 25, di sini.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu dengan meragut rantai tersebut dari arah belakang semasa mangsa yang merupakan seorang pekerja kilang dan suaminya sedang berjalan di kawasan terbabit.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Che Rohana Ismail mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh dikenakan sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Che Rohana dalam hujahan untuk memberatkan hukuman memohon agar mahkamah mempertimbangkan bahawa kesalahan yang dilakukan tertuduh telah menyebabkan mangsa mengalami trauma.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan