Tukang Masak Mahu Batalkan Perbicaraan Atas Alasan Teknikal

Diterbitkan: Rabu, 19 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Seorang tukang masak yang dijatuhi hukuman mati kerana mengedar dadah memohon untuk membatalkan perbicaraan atas alasan teknikal, demikian mahkamah rayuan diberitahu di sini, Rabu.

Peguam Karpal Singh, yang mewakili Tan Kok Teong, berkata tidak terdapat bukti bahawa dokumen tuntutan dan kebenaran dikemukakan sebelum bermulanya perbicaraan ke atas perayu.

Peguam itu memberitahu panel tiga orang hakim bahawa tidak terdapat keterangan dalam catatan rayuan yang menunjukkan pihak pendakwa menyerahkan tuntutan dan kebenarannya untuk mendakwa seorang tertuduh. Dalam notis permohonan di mahkamah, Karpal berkata syarat di bawah Seksyen 39B (3)dan Seksyen 41 A (1) Akta Dadah Merbahaya 1952 tidak dipenuhi kerana tidak terdapat dokumen berkenaan dikemukakan oleh pihak pendakwa di awal perbicaraan.

Dengan kerana itu Mahkamah Tinggi tidak ada bidang kuasa untuk meneruskan perbicaraan.

Berikutan dengan itu panel dianggotai oleh Datin Paduka Zaleha Zahari, Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Clement Allan Skinner membenarkan permohonan Timbalan Pendakwaraya Fatnin Yusof untuk meneliti nota perbicaraan Mahkamah Tinggi Alor Setar sama ada dokumen berkenaan dikemukakan.

Pada masa yang sama mahkamah juga meminta Karpal memfailkan rayuan tambahan untuk memasukkan perkara tersebut sebagai satu alasan untuk rayuan.

Tan, 62, dan Teoh Khen Boo, 54, seorang pemandu pelancong yang juga pemandu bas dituduh bersama mengedar 1,450.9 gram heroin di pintu utama lobi Hotel Samila, Lebuhraya Darulaman, Alor Setar, Kedah, pukul 6.20 petang pada 18 Disember 2000.

Di akhir kes pendakwaan, Mahkamah Tinggi Alor Setar telah memerintahkan Tan membela diri dan kemudian mendapatinya bersalah atas tuduhan serta dijatuhi hukuman mati.

Bagi Teoh yang diwakili Datuk K.Kumarendran, Mahkamah Tinggi meminda pertuduhan ke atasnya kepada memiliki dadah. Teoh dijatuhi hukuman 18 tahun penjara apabila dia mengaku bersalah terhadap tuduhan yang dipinda.

Tan mengemukakan rayuan terhadap sabit kesalahan dan hukuman manakala pihak pendakwa merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang meminda pertuduhan terhadap Teoh. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan